Kawalan Media dalam Pembangunan Negara




Media menjadi satu unsul yang amat penting mahupun di luar atau di dalam pada diri kita sendiri. Sekiranya kita tidak mempunyai media pendengaran, penglihatan, rasa , dan dan sebagainya, kita juga akan menjadi huru-hara dan kekurangan sesuatu.  Maka  tuhan telah mencipta manusia mempunyai media yang tersendiri seperti,  terlinga, mata untuk kemudahan dan juga pentadbiran manusia itu sendiri. 

Pada zaman dahulu lagi, media menjadi perhubungan penting iaitu dengan penggunaan asap dan haiwan adalah alat untuk berkomunikasi dengan sesama manusia. Selepas itu media diperkembangkan dengan kita sendiri telah mengetahui bahawa sejarah dahulu telah menggunakan alat media seperti surat, telegram dan sebagainya untuk menjadi alat penyampaian komunikasi semasa perang dahulu. Jesteru itu kita lihat sahaja pada zaman sekarang, media telah menjadi begitu hebat dan media merupakan satu perhubungan yang amat penting untuk setiap peringkat umur. Kini,media telah menjadi begitu hebat dan canggih radio,televisyen,”sosial networking”, ”blogger”, dan sebagainya. Semuanya adalah berteknologi yang tinggi.

 Media yang profesional merupakan sesuatu komponen penting untuk kestabilan negara yang demokrasi majmuk dan ia juga boleh dikenali sebagai ‘pelindung demokrasi, pembela kepentingan umum dan ia juga sebagai ‘penghebah untuk negara’. Media berfungsi menyebarkan informasi, meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kepada semua lapisan masyarakat, ia memajukan dasar pemerintahan dan menyampaikan pendapat-pendapat warga masyarakat kepada pihak pentadbiran negara. Media juga berpengaruh dalam pembangunan demokrasi sesebuah negara dan merupakan unsur yang penting dalam penyelesaian konflik dan juga di dalam pembangunan antarabangsa terutama nagara kita sendiri iaitu Malaysia.

Jadi tidak mustahil media yang dikuasai oleh manusia pada di zaman ini, terdapat juga beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab di dalam penggunaan media untuk kepentingan diri sendiri atau merosakkan dan meruntuhkan sesuatu negara untuk dikuasai dan juga menghuru-harakan serta memfitnah sesebuah negara dan sebagainya. Oleh itu, ia wajib kepada setiap negara termasuk diri sendiri  mempunyai pengawalan, sekiranya tiada pengawalan maka seseorang itu akan menjadi fanatik dan ‘extremis’. Sekiranya media tidak dikawal, maka akan berlakunya perkara yang tidak diingini kepada rakyat dan negara ia juga akan menjadi sesebuah negara kucar-kacir dan hancur disebabkan fitnah-fitnah berleluasa sepert yang disiarkan oleh media yang tidak bertanggungjawab. Kita juga ketahui, bahawa negara Amerika menggunakan rakyat dan juga media sebagai satu kaedah untuk menghancurkan negara – negara lain dengan penjualan senjata canggih mereka untuk menghancurkan negara-negara yang sedang dalam keadaan pergolakkan.

Oleh yang demikian, dalam pada masa yang sama kita sudah ketahui terdapat etika-etika di dalam pengunaan terutamanya di dalam penyebaran berita, akan tetapi  adakah etika-etika ini sampai kepada mereka yang bertanggungjawab di dalam media ini. Sekiranya mereka tidak mengetahui tentang etika-etika ini, maka mereka akan menjadi bahan keseronokkan di dalam penyampaian berita.

Pengawalan media ini memang penting dan wajib dipatuhi dan dikawal sedia dengan sebaik mungkin,andai kata kita gagal mengawalnya tidak mustahil negara ini akan menjadi negara-negara yang hancur dan huru-hara pada masa ini, seperti Iraq, Palestin, negara-negara Arab dan juga kini, kita dikejutkan dengan peristiwa hitam yang berlaku di negara Mesir dengan pergolakkan di dalam sistem pentadbiran mereka. Kini keadaan disana menjadi lebih teruk dan tidak teratur disebabkan peristiwa hitam tersebut.  


HEY!!!! ....itu saya :)








 
 NOOR SHAHIRAH ZULKIFLI

12 AUGUST 1989

LEO

KOTA DAMANSARA

BERANGAN-ANGAN : P

LOVE FOOD...yum! yum!