Kesan Kebiadaban Dunia Siber




Saya telah membaca sebuah rencana daripada Utusan Malaysia , bertarikh 18 April 2010 yang ditulis oleh Dr. Rahamat berkenaan dengan “Kesan Kebiadaban Di Dunia Siber” Bagi pendapat saya, rencana ini mempunyai kebaikkannya. Kebiadaban di dunia siber ini akan memberi impak yang teruk kepada sesuatu komuniti. Lebih-lebih lagi generasi muda lebih terpengaruh dengan multimedia iaitu alam siber untuk mendapatkan infomasi dan untuk menambahkan pengetahuan dengan penggunaan laman sosial,“blogspot” dan carian enjin.

Malaysia kini di dalam arus pencapaian wawasan 2020, dengan negara kita yang sedang meningkat maju untuk mendapatkan perhatian dunia. Malaysia yang mempunyai berbilang kaum dan etnik haruslah bersatu padu dengan matlamat Perdana Menteri kita mempraktikan “Gagasan 1  Malaysia”.  Ini menunjukkan isu-isu fitnah dan hasutan yang berlaku di alam siber sekarang ini seharusnya tidak berlaku. Bila kita lihat dari sudut perspektif positif, ia memberi kesedaran kepada semua tentang kebebasan bersuara di dalam alam siber yang boleh menimbulkan kekecohan di dalam sesebuah negara.

Statistik dikaji oleh Dr.Rahmat tentang bahasa kesat daripada enjin carian Google telah menunjukkan bahasa kesat yang ini boleh menimbulkan isu-isu hangat kepada negara tentang sensitivi pada sesuatu kaum dengan jumlah paling tinggi kepada carian google untuk “Melayu” + “Babi” 703,000. Isu ini menjadi tanda tanya. Siapakah yang telah melakukan? Adakah bukan orang melayu melakukannya? atau Adakah orang melayu sendiri melakukannya?  Ini menunjukkan tiada penapisan unutuk menghalang bahasa kesat dan carian enjin yang negatif seperti unsur-unsur pronografi, ajaran sesat, keganasan global, dan lain-lain.

Dalam rencana ini, Dr Rahmat telah menguraikan tentang isu iaitu
“Dengan data penggunaan kata-kata kesat seperti yang dipaparkan, tidak hairanlah jika negara seperti Iran (pada awal Feb 2010) telah mengharamkan enjin carian 'Google'. Pastinya tindakan kerajaan Iran adalah untuk mencegah carian-carian maklumat dan berita yang boleh merosakkan minda masyarakat serta keharmonian negara. Namun kita pasti, itu bukanlah penyelesaian yang berkesan,( Dr Rahmat , 2010)

Saya bersetuju tentang apa yang dikatakan oleh beliau kerana ini bukan penyelesaiaan yang berkesan. Bagi pendapat saya, jika ia berlaku kepada Malaysia ia akan menyebabkan Malaysia  akan menjadi negara yang mundur dalam mandapat informasi d dalam alam siber kerana kita sudah tahu tanpa alam siber manusia akan  menjadi mundur seperti “katak di bawah tempurung”

Oleh itu, saya mencadangkan  supaya mewujudkan sesuatu penapisan di dalam carian enjin untuk menghalang berlakunya isu-isu negatif ini tersebar sacara meluas di alam siber ini untuk menghasut mana- mana pihak. Diharap perkara-perkara kurang matang ini tidak lagi akan timbul di minda masyarakat.


     

0 kritikan:

Post a Comment